top of page

Maya Karin Kini Tauke Hartanah


maya04-july8.jpg

Meskipun jarang muncul menerusi lakonan mahupun nyanyian sejak kebelakangan ini, Maya Karin tetap bersyukur kerana masih mampu mencari sumber pendapatan dengan caranya tersendiri.

Selain menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap dan duta beberapa produk, personaliti berusia 36 tahun ini giat membabitkan diri dalam bidang pelaburan hartanah.

"Saya akui walaupun saya jarang-jarang berlakon atau menyanyi tapi saya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk menjalani kehidupan.

jawatan kosong.jpg

"Sebenarnya, banyak orang mungkin tidak tahu saya mengambil langkah memanfaatkan pendapatan yang saya perolehi menerusi karier seni saya dengan membuat perlaburan hartanah dan menjalankan perniagaan pengubahsuaian.

"Saya laburkan wang saya dengan cara itu dan pulangannya sebagai sumber rezeki saya," katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Sebelum ini MD pernah melaporkan Maya menjalankan perniagaan tersebut di sini dan kekerapanya berulang alik ke London sebenarnya menguruskan perniagan jual beli rumah di sana.

Beritahunya, dia membeli rumah dan membuat pengubahsuaian kemudian menjualnya semula yang mana memberi keuntungan sekitar 40 sehingga 50 peratus untuk sebuah rumah.

Sementara itu mengenai perkembangan terkini, Maya yang baru pulang bercuti di Switzerland baru-baru ini kini sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Tersenyum.

Selain itu, dia juga menerima undangan persembahan untuk majlis koporat.

Dalam pada itu, Maya juga berdebar menantikan tayangan filem terbaru lakonannya, Juwanita dan sebuah karya pengarah Jepun, Yasu Tonaka berjudul Nota yang menyaksikan gandingannya bersama aktor tampan, Hans Isaac.

-mD


Featured Posts

Klik Link dibawah

Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Google Classic
Like dan Share page kami Hartanah Magazine dan dapatkan perkongsian berita berkenaan hartanah dalam dan luar negara.

© 2015 by kidejadevelope. All rights reserved. help line +6013-202 3541

  • facebook-square
bottom of page