top of page

Nenek moyang kita telah berkurun lama bijak dalam pelaburan hartanah


rumahsawah.jpg

Pernahkah anda kaji sejarah lama keluarga anda ataupun kisah kisah orang dahulu kala bagaimana mereka bijak mengatur dalam bidang pelaburan hartanah ini. Saya percaya mesti ada daripada anda yang pasti ada sejarah keluarga yang mempunyai banyak hartanah suatu ketika dahulu.

Sebenarnya dengan mengetahui sejarah lama, kita mampu menjadikan kisah tersebut sebuah inspirasi untuk sama-sama maju dalam segala bidang pekerjaan dan sekaligus memberikan keselesaan kepada keluarga kita dengan adanya rumah kediaman yang selesa untuk anak-anak mahupun ibu-bapa.

Ada orang kata kita tidak perlu pandang kebelakang, dan kenapa hari ini timbul kisah nenek moyang ini. Kalau anda mempunyai kampung anda pasti dapat perhatikan yang keluarga dan jiran-jiran sebelah kampung anda kebanyakannya adalah keluarga anda juga. Betul ke? Kalau betul anda boleh angguk tanda setuju.

Ya, ini kerana ketua keluarga pada masa itu barangkali Datuk Moyang kita memang bijak dalam pelaburan hartanah dan mereka memang mempunyai visi dan misi untuk setiap ahli keluarga mereka. Mereka membuat sesuatu agar masa depan keluarga mereka ini terjamin.

avtsing 2.jpg

Bagaimana kita boleh menyingkap minda Datuk Nenek Moyang kita? Apakah perkara baik yang kita boleh belajar?

Pertama:

Mereka menyediakan tanah-tanah untuk ahli keluarga mereka supaya tidak merempat di negara sendiri. Tanah tersebut adalah untuk tujuan pertanian, perumahan dan juga menjadikan tanah sebagai simpanan ketika kecemasan. Pemberian tanah tersebut bukan sesuatu yang mudah, yalah Datuk moyang terpaksa bergolok bergadai untuk dapatkan tanah-tanah tersebut.

Kedua:

Anak bongsu ataupun anak perempuan atau lelaki seorang di dalam keluarga selalunya akan diberikan rumah pusaka kepada mereka, ini kerana selalunya mereka ini yang akan tinggal di rumah bersama ibu dan bapa mereka. Mereka juga merupakan anak kesayangan dalam keluarga.

Ketiga:

Duit lebihan simpanan yang ada akan digunakan untuk membeli tanah keluarga yang memerlukan wang ketika itu. Ini nak menunjukkan bahawa aset yang mereka ada hanya dijual kepada keluarga terdekat supaya hak milik tidak bertukar tangan. Kita boleh aplikasikan teknik dan minda yang diguna-pakai oleh mereka.


Featured Posts

Klik Link dibawah

Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Google Classic
Like dan Share page kami Hartanah Magazine dan dapatkan perkongsian berita berkenaan hartanah dalam dan luar negara.

© 2015 by kidejadevelope. All rights reserved. help line +6013-202 3541

  • facebook-square
bottom of page