top of page

Jakel ceburi 
bidang hartanah

jakel.jpg

Peneraju tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) memasuki dimensi baharu dalam dunia perniagaan apabila beralih ke sektor hartanah menerusi pembinaan ulung pangsapuri mewah J.Dupion di Cheras Selatan oleh anak syarikatnya, Jakel Development Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi Jakel Development Sdn. Bhd. (Jakel Development), Azuan Arif Mohd. Ariffin berkata, projek rintis itu merupakan langkah awal Jakel dalam sektor hartanah dan bakal membangunkan dua lagi projek pembangunan di Wangsa Maju dan Setapak akhir tahun ini.

Katanya, syarikat tersebut mempunyai perancangan strategik jangka panjang dalam tempoh 20 tahun menerusi pembangunan di lebih tujuh kawasan milik Jakel di sekitar Lembah Klang.

“Peralihan Jakel ke sektor hartanah didorong oleh risiko perniagaan yang lebih rendah dan terjamin berbanding bidang lain, selain daripada minat mendalam Pengarah Operasi Kumpulan Jakel, Mohamed Nizam Mohamed Jakel dalam bidang berkenaan.

avtsing 2.jpg

“Pembinaan 399 unit pangsapuri mewah J.dupion merupakan titik permulaan Jakel dalam bidang hartanah dan sambutan yang diterima daripada pembeli amat menggalakkan. Sejak jualan dibuka pada Mac lalu, Jakel berjaya menjual lebih 70 peratus daripada unit tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azuan Ariff berkata, Jakel akan terus memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran dan menepati ciri-ciri serta kualiti yang ditetapkan.

Katanya, setiap produk yang dihasilkan diusahakan oleh barisan kakitangan yang berkaliber dan berpengalaman luas dalam sektor pembangunan hartanah, selain menitikberatkan soal pemilihan kontraktor berkualiti menerusi saringan ketat.

“Jakel sentiasa memastikan kualiti sesuatu produk berkualiti dan menepati cita rasa pembeli. Kami menggunakan Sistem Penilaian Kualiti Untuk Kerja Pembinaan Bangunan (Qlassic) sebagai kayu ukur bagi memastikan kualiti sesuatu pembangunan menepati sasaran syarikat,” jelasnya.


Featured Posts

Klik Link dibawah

Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Google Classic
Like dan Share page kami Hartanah Magazine dan dapatkan perkongsian berita berkenaan hartanah dalam dan luar negara.

© 2015 by kidejadevelope. All rights reserved. help line +6013-202 3541

  • facebook-square
bottom of page