top of page

Melayu Benci Hartanah?


aven 3.png

Alhamdulillah hujung minggu saya sabtu & ahad saya dapat spend masa bersama lebih 2,000 orang warga Johor Bahru (Sabtu) & hampir 4,000 warga Shah Alam (Ahad) untuk Klinik Usahawan & Pelaburan – Seminar Bangkit Berniaga 2014.

Satu perkara yang menarik berlaku adalah apabila saya bertanya berapa ramai di dalam dewan tersebut mempunyai lebih 3 buah rumah/ hartanah sebagai pelaburan dan saya dapati hanya beberapa tangan sahaja yang mampu terangkat dan boleh dikira dengan sebelah jari. Kelas saya 95% adalah bangsa Melayu dan ini bukan pertama kali saya melihat situasi ini berlaku.

Pada hemat saya, ramai anak bangsa saya yang tidak ada ilmu bagaimana melabur di dalam bidang hartanah dan tidak mahu belajar. Kita diajar untuk sibuk upgrade handphone, upgrade kereta, upgrade bini, upgrade semua benda yang bukan ASET, sedekah pun berkira. Sedangkan anak-anak bangsa tionghua, mereka diprogramkan dan diajar sejak muda lagi untuk membeli hartanah pada kemampuan mereka dan membuat strategi tertentu untuk membeli lebih banyak lagi. Suka atau tidak, nilai hartanah akan sentiasa meningkat.

avtsing 2.jpg

Begitu juga bila saya bertanya ramai yang memohon saham baru IPO (Initial Public Offering) seperti Boustead dan banyak lagi yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia? Sama, hanya 2-3 tangan yang terangkat daripada beribu anak bangsa saya yang hadir kelas percuma saya.

Sebab itu saya merasakan, sudah tibanya masa kita celik minda dan mengambil tahu banyaknya peluang anda sebagai orang Melayu untuk melabur dalam saham atau hartanah sebenarnya.


Featured Posts

Klik Link dibawah

Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Google Classic
Like dan Share page kami Hartanah Magazine dan dapatkan perkongsian berita berkenaan hartanah dalam dan luar negara.

© 2015 by kidejadevelope. All rights reserved. help line +6013-202 3541

  • facebook-square
bottom of page